Sebelum sekolah ini dibuka dengan rasminya, murid dan guru telah menumpang di Sek Keb Palong 7 (F). Pada 13
November 1995 dengan diketuai oleh En. Ibrahim
bin Josam sebagai guru besar dengan bantuan seramai 15 orang guru dan 500 orang
murid.
Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 4 Disember 1995 dengan seramai 15 orang
guru yang berpindah dari SK Palong 7 (F) dan 4 orang
guru lepasan maktab telah melapor diri. Pada 31 November 2000, En. Ibrahim
bin Josam telah bertukar ke Sek Keb Jelai 3 (F) dan diganti oleh En. Razali bin Saadan dari SK Jelai 3 (F).
Dari tahun 2000, Sek Keb Palong 8 telah menempa kejayaan di bidang Ko-Kurikulum seperti mewakili negeri dalam pertandingan nasyid di Gold
Course (Kelang) pada tahun 2005. Tahun 2001 hingga 2007, mewakili Negeri Sembilan bagi pertandingan kawat kaki dan pada tahun 2005 menjadi johan kebangsaan puteri dan ketiga bagi pasukan putera. Tahun 2003, kelas Pra-sekolah diwujudkan dengan diberi nama Kelas Pra-Permata yang dipimpin oleh Cikgu Zalawiah. Seterusnya pada 2005, kelas Pra-Didik diwujudkan dan dipimpin oleh Cikgu Norien.
Bertarikh 29 Jun
2006, penyerahan rasmi Makmal Komputer oleh 2 orang
wakil dari DRB-HICOM kepada pihak sekolah dan dituruti dengan penyerahan bilik akses pada bulan September
2007. Seterusnya pada 4 Januari 2008, kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah berjaya ditubuhkan dan diteraju oleh Puan Megawati binti Abd Kadir.
Setelah 9 tahun berkhidmat, En. Hj Razali bin Saadan bertukar ke Sek Keb Palong 4 (f) dan digantikan dengan En Hj Azami bin Yusop. Pada 2011, Pn Mas binti Dahalan mengambil alih teraju yang kemudiannya bersara pada 8 Februari 2012.
Setelah lebih 20 tahun penubuhan, SK Palong 8 (f) kini telah dipimpin oleh En Noor Azmee bin Haji
Arshad yang dilantik sebagai guru besar pada 16 Julai 2012 dan meneruskan kecemerlangan dalam pertandingan Kawad Kaki dan permainan Sofbol.
Pada masa ini, bilangan pelajar SK Palong 8
(Felda) seramai 328 orang murid terdiri daripada 258 orang murid
dari arus perdana dengan 11 kelas dan 18 orang
murid dari PPKI dengan 3 buah kelas.
Manakala prasekolah seramai 50 orang murid dari 2 kelas. Bilangan
kakitangan akademiknya seramai 38 orang (17
orang guru lelaki dan 21 orang guru perempuan) dan 9 orang kakitangan (3 lelaki dan 6
perempuan).

0 comments:
Post a Comment